Pages

Wednesday, October 26, 2011

Penyelesaian Storan Maya

PERNAHKAH anda menyesali kegagalan membawa pemacu pena menyebabkan anda tidak dapat mengakses fail atau dokumen yang anda perlukan? Atau anda mungkin menyimpan fail penting dalam storan telefon pintar tetapi gagal mengaksesnya gara-gara fail yang telah tercemar? VaultSafeUall mungkin jawapan kepada permasalahan ini.

VaultSafeUall merupakan aplikasi di Internet yang membolehkan pengguna menyimpan ...dan menyelaraskan fail secara dalam talian.

Aplikasi tersebut mampu melakukan sync atau penyelarasan apa jua format fail pada komputer yang menggunakan platform Linux, Windows mahupun Mac.

Setiap kali fail diubah atau berlaku pertambahan fail baru, ia akan menyelaras secara automatik fail-fail itu.

Dengan aplikasi web tersebut, pengguna juga boleh berkongsi fail dengan hanya beberapa klik sahaja. Mereka yang mengakses dokumen sama boleh melihat dengan serta-merta sebarang penambahan atau perubahan data dibuat pada dokumen berkenaan.

Dalam pada itu, bagi memastikan hanya orang tertentu sahaja boleh mengakses fail yang ingin dikongsi, ciri keselamatan diutamakan dalam aplikasi itu.

Ciri yang ditawarkan oleh aplikasi VaultSafeUall amat sesuai dijadikan medium salinan atau sandar bagi membuat salinan pendua fail-fail penting milik kita.

Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini terhadap komputer, kita hanya perlu menggunakan mana-mana komputer dengan akses Internet dan menyalin fail yang disimpan dalam VaultSafeUall.

Keselamatan fail

Keselamatan fail-fail yang tersimpan menerusi aplikasi itu terjamin kerana ia mempunyai sistem sandar mereka tersendiri.

Dari sudut sekuriti dan privasi pula, kesemua dokumen yang disimpan dienkrip menggunakan sistem enkripsi gred tinggi bagi menyimpan dan memindahkan data milik anda.

Ia menjamin integriti data daripada ancaman penggodam dan anasir lain yang tidak diingini.

Pengguna juga tidak perlu risau kemungkinan aplikasi itu menyebabkan talian internet perlahan kerana pengguna boleh menentukan jalur lebar yang dikehendaki secara manual.

Pengguna telefon pintar seperti iPhone, Android dan BlackBerry juga boleh memanfatkan aplikasi tersebut. Mereka boleh mengakses fail tersimpan dalam aplikasi itu dan juga memuat turun mana-mana dokumen secara luar talian bagi membolehkan fail dilihat tanpa akses Internet.

Gambar dan video yang diambil menggunakan telefon pintar juga boleh disimpan dan dikongsi terus menerusi VaultSafeUall.

Ia satu-satunya produk tempatan. Produk Malaysia. Diasaskan oleh Fauzi Omar ( Pereka Cipta Tuku Refleksi )dan direka oleh anak muda tempatan Mazlie Muhammad.





Apa yang pasti, VaultSafeUall memberikan pengguna fleksibiliti untuk mengakses dokumen mereka tanpa perlu banyak memikirkan soal keselamatan kerana data yang disimpan di dalamnya dilindungi.

Bayangkan mempunyai pemacu pen maya yang bersama kita di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Harganya lebih murah berbanding produk luar negara seperti dropbox malah lebih hebat fungsinya.Anda boleh edit fail anda di alam maya tanpa perlu memuat turun fail anda. Kini fail anda lebih selamat dengan VaultSafeUall. Tiada lagi tekanan.
Anda juga akan dapat pelbagai keistimewaan sebagai pelanggan VaultSafeUall. Sangat-sangat lumayan dan berbaloi..
Maklumat lanjut anda boleh klik DI SINI